Dulu D hadir dalam hidup aku , tapi hanya 5 bulan D mampu buat aku bahagia . Aku sayangkan D , kalau aku tahu dulu aku takkan sambung belajar lagi tapi ni semua untuk kebaikan aku . mungkin ada sebab kenapa aku kena jauh dari D . Aku tahu D sayangkan aku , cuma dia tak nak tunjuk . aku kenal D macam mana . D sanggup lepaskan orang yang dia sayang untuk kepentingan orang yang dia sayang jugak . mungkin bagi D , aku akan dapat yang lagi bagus dari dia . Masa tu memang aku fikir takde siapa boleh ganti tempat D . aku nak D sorang jea . D tak tahu macam mana seksanya aku masa dia tinggalkan aku . Aku terseksa sangat sebab D pergi , selalu D yang buat aku happy . D yang buat lawak bila aku sedih . sekarang batang hidung D pun aku tak nampak . mungkin dia betol betol nak jauhkan diri dari aku . mungkin dia cukup bahagia bila tengok aku bahagia even bukan dengan dia .

Sekian lama D tinggalkan aku , hidup aku makin lama makin normal macam dulu . mungkin aku dhaa redha dengan pemergian dia . aku pun boleh lupakan D . cuma aku tak mampu senyum dengan ikhlas , mungkin sebab tuhan kesian dekat aku . dia bagi aku kenal dengan U . hmm . U budak baik . dia pandai jaga hati aku , dia care pasal aku . dia tak berani nak sakitkan hati aku . tapi , U tak mampu ganti tempat D . U buat aku ingat lagi pada D . setiap malam aku akan terfikir pasal D . susah sangat nak hilangkan D dalam ingatan . U usaha jadi macam D . tapi dia tak mampu . kesian U , aku cuba terima U seadanya . sayang aku pada U tak sama macam sayang aku pada D . aku tak mampu sayang U lebih dari D . sepanjang aku dengan U . aku anggap U macam D . kenapa lhaa susah sangat nak lupakan D .

Ada satu hari , bagai ada sesuatu yang akan terjadi . aku tak mampu menekanya . Malam tu jugak aku turun dari hostel seolah olah CINTA yang memanggil aku turun . tapi malam tu takde apa yang terjadi , mungkin hanya firasat aku sahaja .
Satu malam yang indah , ada sesuatu terjadi yang aku sendiri tak sangka benda tu akan terjadi pada malam tu jugak . aku seolah olah baru merasa cinta . aku terasa cinta yang datang pada aku tanpa dicari . Malam tu malam terindah buat aku . aku kenal F .

F ? seorang lelaki yang sangat gentleman . comel buat aku melting :) romantik and sangat caring . Aku tak sangka yang aku akan kenal dengan F . selama ni aku hanya dengar namanya sahaja . tapi aku tak teringin nak tau . tak sangka aku kenal dia jugak akhirnya .
dan dengan tak sengaja , tuhan pertemukan aku dengan dia . haritu jugak kami berkongsi cerita sampai subuh :D banyak persamaan kami . dia jugak ditimpa banyak masalah . makin lama makin akrab dengan dia , munculnya F segala keperitan segala kesedihan hilang macam tu jea . aku bagai tak percaya . D hilang dari ingatan U hilang dari pandangan . F sahaja yang aku nampak dan rasa sekarang .

F banyak ubahkan aku , dari sedih kini kembali ceria . F care sangat pasal aku . F sayang pada aku . F bagi aku kasih sayang . F manjakan aku . F sanggup berkorban apa saja untuk aku . bertuahnya aku dapat kenal F . lihat dari gaya F macam orang takde perasaan tapi sebenarnya F juga mempunyai hati yang mudah tersentuh . F seorang lelaki yang sangat sensitif . dia jugak seorang lelaki yang ingin dimanjakan . F yang banyak ajar aku makna cinta yang sebenar .

F jaga hati aku , F pandai ambik hati aku . F layan aku lebih dari seorang kawan . istimewanya aku di hati dia . sempurnanya aku di mata dia . semua dia buat hanya nak membahagiakan aku walaupun hatinya terluka . aku cuba faham F , aku cuba masuk kedunia dia . aku cuba kenal siapa F . dan akhirnya , satu perasaan muncul . SAYANG ! yea , perasaan tu muncul bila F cakap yang dia sayangkan aku . aku terasa macam mimpi jea . dengan tiada paksaan , aku jugak cakap yang aku sayangkan dia .

13jun2012 tepat 1030pm hari rabu depan restoran Cili Merah F sah jadi milik aku :') ya Allah , tuhan jea yang tahu perasaan aku masa tu . Rasa nak bagitahu satu dunia yang dia milik aku . HAHA . dia propose aku dengan Satu bear besar and sejambak bunga atas ada bear kecik and coklat . sweet kan ? okay semua jelly tengok kami . masa tu seronok tak terkata . Thanks Allah !

bila dhaa bersama , banyak sangat kenangan yang tercipta . apa aku mimpikan pun dhaa jadi realiti . dengan dia aku terasa susah senang bersama . Dia banyak tolong aku . Dia jaga kata kata dia sebab takut aku terasa . dia jaga airmata aku biar tak keluar . dia kunci aku ketat ketat dalam hati dia takut orang lain ambik . macam macam yang dijanjikan . dia cuba tunaikan . dan dia berjaya tunaikan . Dia hargai aku , dia bagi aku kesenangan . dia bagi apa saja yang aku nak sikit pun tak pernah tolak . dia jugak tak pernah mengeluh . see ? baikkan ? bertuahnya aku .

until one day , aku tak tahu kenapa perasaan EGO , CEMBURU , MARAH menguasai diri . makin tak tentu arah . segala keseronokkan , kebahagiaan bertukar . makin buruk keadaan . cuba pertahankan tapi tak mampu . semua salah aku , YEA ! kebodohan aku , buat aku hilang semuanya . kalau diberi peluang , biar lhaa peluang terakhir aku nak tebus segala salah aku pada F . aku sedaya upaya buat dia bahagia macam mana dia buat dekat aku dulu . aku sedaya upaya jaga hati dia macam mana dia jaga hati aku . Kenapa semua terjadi lagi pada aku ? aku tak sanggup lagi hilang orang yang aku sayang :( aku tak kuat dah . Mana pergi janji ? Mana pergi sayang ? Mana pergi cinta ? Mana pergi kesetiaan ?
ADAKAH INI YANG DIKATAKAN KARMA ? hmm . kenapa aku cakap macam tu ? orang yang tau cerita , tau lhaa kenapa -.- tapi aku tak salahkan sesiapa . aku yang buat keputusan . hati aku yang nak dia . and hati aku tak kuat untuk U . aku bukan mempermainkan perasaan U cuma sayang aku pada dia sikit pun takde . tak pernah wujud . maaf U :( aku doakan kebahagiaan kau . sekarang aku rasa apa yang kau rasa U . memang susah nak lupakan orang yang kita sayang .

Semalam hati cakap redha , sekarang hati cakap , NAK KAU BALIK ;'( ingat benda ni takkan terjadi lagi macam aku dengan D . rupanya lagi perit . lagi susah nak lupakan . setiap hari , setiap masa , setiap jam , setiap minit dan setiap saat aku akan ingat dia . sikit pun tak bagi aku ruang untuk lupakan dia . apa maksud semua ni ? kenapa sikit pun aku tak mampu nak rasa seronok ? macam mana hidup aku lepas ni bila dia takde ? boleh kea aku teruskan hari hari aku macam dulu ? hmm . maybe tak macam dulu -.- aku cuba buang perasaan sayang tapi makin kuat sayang ni . aku cuba buang rasa rindu tapi makin membuak buak rasa rindu ni . aku cuba lupakan dia tapi makin ligat otak ni fikirkan dia . Ya Allah ! berat sangat ujian Mu ni .

Aku berlakon macam takde apa apa jadi tapi ada yang nampak kesedihan aku . memang sampai sekarang aku rasa apa yang jadi ni mimpi . aku tak percaya yang finally kami akan macam ni . what a sad life :( apa lhaa nasib aku lepas ni . hmm . F , sayang aku pada kau masih kuat . aku nak sangat tau yang kau rasa tak apa yang aku rasa sekarang ni . rindu yang semakin menebal . aku tahu F hati kau sakit , tapi aku cuma nak sembuhkan luka kau tu . aku tak pernah minta jadi macam ni F . kalau aku tau dulu kita akan macam ni , aku takkan pernah buat hal . aku tau dah terlambat buat aku , mungkin sekarang kau ada pengganti aku yang lebih baik dari aku yang boleh hargai kau . aku cuma nak kau nampak yang aku masih sayangkan kau . aku nak macam mula mula aku kenal kau . aku nak kau yang dulu . aku nak tutup buku lama and nak buka buku baru and aku cuba jadi terbaik untuk kau . F , aku nak kau jadi terakhir buat aku . Aku tau aku tak sempurna lagi di mata kau , aku tau aku hina sekarang di mata kau . aku harap kau takkan pernah lupakan aku . aku harap kau takkan pernah lupakan semua kenangan kita . harap kau bahagia dengan pilihan kau , walaupun hati ni tak rela hati ni terluka tengok kau dengan orang lain . aku tak mampu nak buat apa apa . aku mampu menjerit dalam hati , menangis sepuas puas hati aku . sebab orang yang aku paling sayang dah takde lagi dalam hidup aku .

mungkin aku takkan lagi jumpa pengganti kau F . aku tak mungkin senang senang lupakan kau macam aku lupakan D . Dulu aku takut nak buka pintu hati aku untuk kau F sebab aku tak nak kecewa lagi .  tapi kau bagi aku kepercayaan ,  kau bagi aku harapan . kau yakinkan aku yang kau tak sama macam lelaki lain . Tapi , the end ? hmm . aku kecewa :( kalau betol kau sayangkan aku , kau tak buat aku macam ni . kenapa kau bagi aku harapan tinggi sangat ?

Nasib aku macam ni maybe , tak layak dicintai dan mencintai . sad to be me :(
aku harap kau faham perasaan aku pada kau . aku harap kau ingat janji kau . aku harap kau mampu bagi peluang and buka hati kau untuk aku . good luck for ur future Life F . ingat ! sampai bila bila aku sayangkan kau . aku tunggu kau F . bye !